Assalamualaikum w.b.t
Bersyukur kita kehadrat allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya dapat admin menulis blog lagi pada malam ini dengan rasa ketenangan disisiNYA..
Apabila allah tidak mengkehendaki kita lagi
: Allah akan sentiasa sibukkan kita dengan urusan dunia.
:Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
:Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan
:Allah akan sibukkan kita dengan harta
Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggallkan.Sekiranya kita mampu bertanya kepada orang orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui allah s.w.t dan jika mereka diberi peluang utnuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak akan bertarung bermatian untuk merebut dunia.
Kerana tujuan kita diciptakan adalah unutk menyembah Allah.Tidak akan diciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia.Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah s.w.t.Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih dari kita dari segi gaji pangkat dan sebagainya..
Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih dari kita
kita tidak pernah cemburu apabila orang lain disepertiga malam solat tahajjud dan bermunajat
kita cemburu apabila orang lain menukar kereta baru yang mewah
tetapi jarang kita cemburu apabila kita melihat orang lain yang boleh khatam al quran sebulan 2 kali.
Kesemua petanda petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman.Apabila harta,duit,pangkat mengatasi segalanya.Setiap kali menyambut hari lahir kita sibuk nak meraikan sebaik mungkin tetapi kita lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil ilahi bertambah dekat.Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan yang akan kita bawa ke akhirat.
Syurga dan neraka itu benar... XD
Welcome
Khamis, 12 Disember 2013
Jumaat, 29 November 2013
Minda dakwah : Sinopsis sebuah hati
Menurut sains, hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma ada manusia dan hiawan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen,mensintesis protein olasma,dan menyahtoksik dadah.Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman.
Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati biasanya berasal dari perkataan greek bagi hati iaitu hepar,menjadi hepato atau hepatic. Hati yang berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus.
Hati merupakan pengawal manusia dan elemen yang terpenting dalam diri manusia kerana dengan hati manusia dilebihkan oleh Allah s.w.t dari makhluk lain.Hati manusia mempunyai 3 bahagian iaitu :

- Qalbun Mayyit (hati yang mati) - Hati jenis ini tidak dapat lagi membezakan antara baik dan buruk.
- Qalbun Mariidh (hati yang berpenyakit) - Merasa sudah banyak membuat kebaikan dan merasa berjasa terhadap perkembangan agama islam.Sering menganggap remeh terhadap orang lain dan cenderung membuat hal sendiri.Ciri ciri orang yang hatinya berpenyakit :
- suka menganggap mudah terhadap dosa
- suka bermaksiat
- Qalbun Salim (hati yang lurus dan bersih) - seseorang yang terarah hidupnya manakala hatinya tenang dan selalu mengingati akan kebesaran allah s.w.t.Ciri ciri orang yang berhati lurus adalah:
selalu mendambakan kasih sayang dari allah s.w.t
takut akan azab dari allah s.w.t
Pengkaji tasawwuf sering menjadikan soal hati sebagai agenda utama.Hal ini sesungguhya untuk penelarasan dari ilmu tauhid dan syariat.Dalam sebuah kata kata hikmah bahawa : "Man arofa Nafsahufaqod Arofa rabbahu". "Barangsiapa mengenal dirinya maka ia akan mengenal tuhannya".
sementara Ali R.A mengatakan bahawa : Awwaluddin Ma'rifatullah"."Awalnya beragama adalah mengenal allah".Sehingga dapat dilihat,bahawa Mengenal diri (an nafs) merupakan awal dari seorang beragama dengan hak.Keperibadian manusia itu dan kualiti hatinya dapat diketahui melalui tingkah lakunya,kerana ia merupakan cerminan dari HATInya.
sambungan........
Khamis, 28 November 2013
minda dakwah : wanita menurut al-quran dan al sunnah :D
Assalamualaikum..
setinggi-tinggi syukur kepada allah s.w.t serta selawat dan salam kepada nabi junjungan kita muhammad s.a.w sahabat serta keluarga baginda..
Hari ini admin nak menulis tentang sebuah topik yang bagi admin agak menarik iaitu Wanita menurut al quran dan al sunnah..
KONSEP KEJADIAN WANITA
Anggun,lemah lembut,berbudi bahasa dan bersopan tetapi tegas.Itulah watak yang sewajarnya dimiliki oleh seorang wanita.Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjadikan sifat sifatnya sesuai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya.
Fitrah wanita bersifat dengan keindahan dan ketinggian.Asal penciptaan wanita pertama melambangkan sifat sifat ini.Justeru,wanita perlu dihormati dengan cara yang lebih baik,sesuai dengan kemuliaan dan tanggungjawab yang telah allah s.w.t ciptakan untuknya
"Berpesanlah supaya berlaku baik kepada kaum wanita,sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk yang bengkok,tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang berasa paling atas.Jika engkau membiarkannya,ia akan tetap bengkok.Oleh itu berpesanlah supaya berlaku baik kepada wanita. (hadis riwayat al-buqari dan muslim)
Mereka juga mempunyai peranan yang tersendiri dan tanggungjawab yang besar,sama seperti kaum lelaki dan tiada bezanya disisi Allah.Ini adalah kerana seseorang itu dinilai dari segi ketaqwaannya kepada Allah.
Firman allah s.w.t dalam surah al-hujurat ayat 13 :
ertinya:
Hai manusia,sesungguhnya kami ciptakan kam dari seorang leleaki dan seorang perempuan dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.Sesungguhnya allah maha mengetahui lagi maha mengenal.
Allah s.w.t telah menciptakan wanita sebagai pasangan lelaki sepertimana allah s.w.t menciptakan Hawa sebagai teman dan isteri Nabi Adam a.s. sejak dari syurga hinggalah dihantar ke dunia.Firman allah s.w.t dalam surah ar-rum ayat 21:
ertinya :
dan diantara tanda tanda kekuasaaanya ialah dia menciptakan kamu isteri isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antara kamu rasa kasih dan sayang dan sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda kaum yang berfikir.
Allah s.w.t maha agung dan dia berkuasa menciptakan sesuatu yang hebat dan indah iaitu wanita sebagai kurniaan tidak ternilai kepada kaum lelaki.Allah s.w.t telah memperkenalkan erti kasih sayang kepada kaum lelaki melalui wanita.Di samping itu,wanita juga menjadi tempat bagi lelaki memperolehi ketenangan dan kebahagiaan dari sefi fizikal dan spiritual.Justeru kaum lelaki perlu menjaga sebaiknya kurniaan teristimewa ini sebagai suatu amanah,
Sebagai hamba Allah s.w.t.Kaum wanita memperolehi ganjaran yang sama dengan kaum lelaki sebagaimana firman allah s.w.t dalam surah an-nisa ayat 124:
ertinya :
Brangsiapa yang mengerjakan amalan soleh,baik lelaki ataupun wanita sedang ia orang yang beriman,maka mereka itu masuk ke dalma syurga dan emreka tidak dianiayai walau sedikit pun.
Di dalam bidang sosial,sama ada dalam bentuk kebajikan,dakwah dan sebagainya, islam sentiasa menggalakkan kaum wanita supaya sentiasa bergerak maju untuk melakukan sebanyak mungkin amal kebajikan kepada penghidupan sosial dan di dalam menjalankan kegiatan kegiatan tersebut,mereka hendaklah berganding bahu dengan kaum lelaki.Firman allah s.w.t dalam surah at-taubah ayat 71
ertinya :
dan orang orang mukmin lelaki dan perempuan,sebahagian mereka(Adalah) penolong sebahagian yang lain.Mereka menyuruh yang Maaruf dan mencegah yang mungkar,mereka mendirikan solat,mengeluarkan zakat,mematuhi allah dan rasulnya.,erekalah yang dirahmati oelh allah sesungguhnya allah maha perkasa dan maha bijaksana.
Sebagai sebuah agama yang syumul dan suci, islam telah membawa rahmat ke seluruh alam.Ia merubah segala kepincangan dan menghapuskan kegelapan yang menyelebungi manusia.Nasib wanita turut berubah.Penghormatan kepada kaum hawa jelas terlihat apabila salah satu surah dalam al quran dinamakan surah an nisa(surah wanita).Surah ini terdiri daripada 176 ayat dan merupakan surah Madaniyyah yang terpanjang sesudah surah al baqarah.
Ia dinamakan surah an nisa kerana dalam surah ini banyak dibicarakan hal hal yang berkaitan dengan wanita dibandingkan dengan surah surah yang lain. Surah lain yang banyak juga membicarakan tentang hal wanita ialah surah at-talaq.Dalam hal ini biasa disebut surah an nisa dengan sebutan surah an nisa al kubra (surah an nisa yang besar) sedangkan surah at talaq disebut dengan sebutan surah an nisa as sughra (surah an nisa yang kecil)
Islam telah menetapkan beberapa asas atau dasar untuk memperbaiki taraf wanita antaranya :
1) Menetapkan bahawa wanita itu adalah manusia yang "serupa" dengan lelaki
2) Memberi hak untuk wanita mendapat harta pusaka
3) Memberi hak kepada wanita untuk memberi bantuan di medan perang,solat berjemaah,mengerjakan haji,menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran
Sekian....

Selasa, 26 November 2013
Ahmad Ammar Insan yang dimuliakan dibumi Turki
Assalamualaikum
alhamdulillah besyukur kita kehadrat Allah kerana dengan limpah serta karunianya dapat sekali lagi admin menulis didalam blog minda dakwah ini.Harap segala perkongsian yang admin kongsikan bolehlah dicopy atau disebarkan kerana nabi bersabda "sebarkanlah ilmu ku walau sepotong ayat"..
AHMAD AMMAR BIN AHMAD AZAM
hari ni admin nak menceritakan kepada pembaca kisah seorang insan mulia dibumi turki.YA!! pasti anda semua sudah mendengar nama ahmad ammar ini diseluruh media sosial seperti facebook,utube dan sebagainya jadi siapa ahmad ammar ini dan apa penyebabnya insan ini dimuliakan disisi tuhannya serta masyarakat turki..
Disini admin coretkan sedikit sebanyak tentang kehidupan atau biografi ahmad ammar ini
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun 2 di marmara university(Gostepe) istanbul.Insan mulia ini telah kembali ke rahmatullah pada 2 november 2o13 akibat kemalangan jalan raya.Insan ini merupakan anak keempat dan satu satu nya anak lelaki Tuan hj ahmad azam abdul rahman,mantan presiden angkatan belia islam malaysia(ABIM).Beliau juga adalah pelajar cemerlang SPM dari maktab tentera diraja dan menyambung pengajian dalam bidang sejarah di turki.

Hayati apa yang disampaikan insan mulia ini.
yang nak tahu tentang ahmad ammar ni,admin berikan link video ini
Gambar Pengebumian Ahmad Ammar Ahmad Azam

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.
Sumber: Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki | melvister.com
Sumber: Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki | melvister.com
Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.
allah hu akbar..moga kita juga diberi kesempatan menjadi seperti Insan hebat ini..sekian coretan admin hari ini..sekian
Isnin, 25 November 2013
Muslimah:antara tertutup dan terbuka
Assalamualaikum

Begitu juga Umm Haram, apabila dia telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Tentera yang pertama dikalangan umatku yang berperang di laut wajiblah bagi mereka itu di syurga.” Kata Umm Haram: “Wahai Rasulullah s.a.w! Adakah aku termasuk dikalangan mereka?” Jawab Baginda: “Ya!”Kemudian Baginda bersabda lagi: “Tentara yang pertama dikalangan umatku yang memerangi bandar Qaysar (Caesara) diampunkan dosa mereka.” Aku (Umm Haram) berkata: “Adakah aku dikalangan mereka, wahai Rasulullah?” Jawab Baginda: “Tidak!” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Wanita Zaman Nabi
Dalam hadis yang banyak, pergaulan antara lelaki dan wanita di zaman Nabi s.a.w berlaku secara normal tetapi terhormat. Tidak jumud seperti yang disangka oleh sesetengah pihak. Sebab itu sahabiyat atau wanita muslimah pada zaman Nabi s.a.w terlibat membantu Nabi s.a.w dan tentera Islam dalam peperangan. Mereka mengubati tentera yang cedera dan sebagainya. Bahkan ada yang terlibat langsung dengan peperangan. Umpamanya, semasa Peperangan Hunain, Umm Sulaim membawa khanjar (pisau belati) untuk menikam sesiapa yang menghampirinya. Dalam hadis Muslim, suaminya iaitu Abu Talhah berkata kepada Rasulullah,“Wahai Rasulullah! Ini Ummu Sulain, bersamanya khanjar”. Lalu Rasulullah berkata kepada Ummu Sulaim, “Khanjar apakah ini?”. Ummu Sulaim menjawab, “Aku bawa, jika ada musyrikin (musuh) yang menghampiriku nescaya aku belah perutnya dengan ini”.

Begitu juga Umm Haram, apabila dia telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Tentera yang pertama dikalangan umatku yang berperang di laut wajiblah bagi mereka itu di syurga.” Kata Umm Haram: “Wahai Rasulullah s.a.w! Adakah aku termasuk dikalangan mereka?” Jawab Baginda: “Ya!”Kemudian Baginda bersabda lagi: “Tentara yang pertama dikalangan umatku yang memerangi bandar Qaysar (Caesara) diampunkan dosa mereka.” Aku (Umm Haram) berkata: “Adakah aku dikalangan mereka, wahai Rasulullah?” Jawab Baginda: “Tidak!” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sejarah mencatatkan, bahawa peperangan umat Nabi s.a.w yang pertama di laut ialah peperangan Cyprus. Umm Haram telah menyertainya dan panglima tentera Islam dalam peperangan tersebut ialah Mu’awiyah ibn Abi Sufyan. Peperangan ini berlaku pada zaman pemerintahan Sayyidina ‘Uthman ibn ‘Affan. Mu’awiyah yang menjadi amir ketika itu, turut serta ke medan peperangan bersama dengan isterinya (Ibn Hajar al-‘Asqalani, Al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, 8/223, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah)
Wanita juga terlibat menghidangkan makanan kepada lelaki semasa majlis perkahwinan. Dalam hadis al-Bukhari, masa majlis walimah Abu Usaid al-Sa’idi, isteri beliau yang merupakan pengantin baru melayan hidangan untuk tetamu lelaki, termasuk Rasulullah s.a.w.
Terdapat juga riwayat di mana Rasulullah dan para sahabat pernah nampak isteri al-Zubair ibn al-‘Awwam iaitu Asma bin Abi Bakr yang sedang membawa benih tamar, lalu baginda menjemputnya untuk naik tunggangan baginda. Dalam riwayat al-Bukhari, Asma berkata: “Nabi s.a.w mendudukkan unta untuk aku menaikinya. Aku malu terhadap Nabi dan teringatkan pula sifat cemburu kamu (al-Zubair)”.
Terlalu banyak riwayat yang menunjukkan pergaulan secara terhormat berlaku antara lelaki dan perempuan pada zaman Nabi s.a.w dengan keizinan baginda dan bahkan penglibatan baginda sendiri kadang-kala.
Sopan
Pun begitu, hubungan lelaki dan wanita mempunyai batasan yang mesti dikawal. Menutup aurat salah satu darinya. Pakaian menutup aurat bukan sahaja disuruh oleh Islam bahkan dalam semua agama yang ada hubung kait dengan wahyu serta kenabian seperti Yahudi dan Kristian, sentiasa menganggap menutup kepala dan jasad secara sopan seperti yang dipakai oleh nun dalam Kristian adalah tuntutan. Persamaan itu tidak pelik. Puasa juga Allah tegaskan (maksudnya)
“seperti mana diwajibkan kepada mereka yang sebelum kamu”.(Surah al-Baqarah, ayat 183).
Persamaan bukan menunjukkan pengaruh yang salah seperti yang didakwa oleh kelompok anti-tudung kepala.
Dalam al-Quran Allah berfirman: (maksudnya)
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbab (pakaian) mereka ke atas tubuh mereka; cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Ahzab, ayat 59).
Maka, asas dalam fesyen pakaian seorang wanita muslimah hendaklah berteraskan pakaian yang memberikan gambaran yang pemakainya seorang wanita yang baik dan tidak membangkit nafsu lelaki dengan pendedahan, warna yang melampau, rekaan fesyen yang memberikan nilai yang negatif dan seumpamanya.
Juga firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31(maksudnya):
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara: pertama; maksud “kecuali yang zahir daripadanya” ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Sementara kalangan ulama seperti Abu Hanifah memasukkan pergelangan kaki antara yang boleh didedahkan. Dalam bahasa sekarang, tidak wajib memakai stokin. Kedua; ayat di atas menyatakan “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”. Ini bermaksud wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Bahagian belahan leher yang mungkin mendedahkan dada dan sekitarnya itu perlu ditutup.
Selasa, 10 September 2013
Muhasabah diri :D
Bila-bila masa
dimana saja kita
siapa saja kita
siapa jua ibu-bapa kita
siapa jua datuk nenek kita
tetapi...kalau kita ingin kembali kepada allah tiada halangan dari sesiapa pun..
surah azzumar ayat 53 : maksudnya>> "Beritahu kepada hamba-hambaku,katakanlah wahai hamba-hamba allah yang mana mereka itu kecewa terhadap diri mereka sendiri..."smbungan ayat di bawah ..
yang mana ayat ini menerangkan bahawa ALLAH itu sentiasa dekat dengan kita dan sentiasa mendengar rintihan kita,sering memerhati kesusahan kita,penderitaan kita...apa kata ALLAH " wahai hamba2 allah yang mana mereka itu kecewa terhadap diri mereka,jangan mereka putus asa dengan rahmat ALLAH,jangan mereka kecewa dengan rahmat ALLAH,ALLAH mengampunkan dosa..
Nabi pula kata>> "siapa yang berkata "lingkuplah orang ramai" maka nabi kata dia lah orang yang paling binasa" sebab dia tidak memberikan nilai rahmat ALLAH kepada seseorang..
Nabi bersabda>> "siapa yang menutup aib orang muslim maka ALLAH tutup aib dia dunia dan akhirat" termasuk muslim itu diri dia sendiri.
ISLAM suruh kita baiki diri kita sendiri..merintih dan kembali kepada ALLAH,kita minta ampun pada ALLAH..pintu keampunan ALLAH,ALLAH buka pada waktu siang untuk dia ampunkan hambanya yang buat dosa pada waktu malam dan ALLAH buka pintu keampunanNYA pada waktu malam untuk dia ampunkan dosa hambanya pada waktu siang.
seluas-luas pintu didalam ajaran islam ialah pintu taubat.ALLAH kata "wahai hambaku,jika dosa mu itu setinggi bumi hingga ke langit lalu kau mohon keampunan kepadaku,engaku istigfar kepada ku,aku ampunkan engkau aku tidak peduli..Hambaku itu tahu dia ada tuhan yang boleh mengampunkan dosa dan mengambil tindakan padanya,aku ampunkan dia"
"jika mereka tanyakan kepadamu wahai muhammad tentang ku maka sesungguhnya aku dekat...aku menyahut doa orang2 yang berdoa kepadaku hendaklah mereka menyahut seruanku dan beriman kepadaku mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk" al baqarah ayat 186
YA ALLAH..Sayangnya ALLAH kepada hamba2nya ini...subhanallah..moga kita mendapat keberkatan ALLAH..saya mengharapkan penulisan yang saya tulis ini dapat memberi kesedaran kepada kita semua yang masih melupai allah dan tidak mensyukuri nikmat,kebahagiaan,dan ketenangan yang telah ALLAH kurniakan kepada kita..
Bersyukurlah sahabat ku semua.
Assalamualaikum
Selasa, 16 Julai 2013
diari 16/7/2013
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua sahabat2 serta pelawat laman blog saya DIARI PENDEKAR MUSAFIR...selawat serta salam keatas nabi junjungan kita nabi Muhammad S.A.W serta keatas sahabat serta keluarga baginda...
Alhamdulillah pada tanggal 5 julai 2013 yang lalu admin telah mendaftarkan diri di KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SULTAN AZLAN SHAH dan mengambil program DIPLOMA KAUNSELING ISLAM..Pada permulaannya seperti biasa admin memang tak suka kepada pertukaran sekeliling,dan nak membiasakan diri dengan sahabat yang baru dari pelbagai negeri malah dari pelbagai negara tetapi alhamdulillah dengan berkat dari tuhan yang ESA admin dapat membiasakan diri dengan semua itu...

ini admin beberapa jam yang lalu sebelum ke kelas..hehe!!
admin harap pembelajaran admin disini tak sia2 in sha allah..admin nak berusaha untuk menjadi seorang pakar kauseling yang berjaya dan dapat mengharumkan nama keluarga agama dan bangsa admin..
Ahad, 21 April 2013
KASIH ibu :D
Assalamualaikum kepada semua sahabat yang sudi melawat laman saya yang tak seberapa ini..setinggi-tinggi selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W sahabat serta ahli kluarga baginda serta bersyukur kita kepada allah kerana diberi kesihatan tubuh badan yang tidak terkira oleh allah..
IBU.........
satu perkataan yang digelar kepada seseorang wanita yang nelahirkan seseorang kedunia ini..
ibu amat hebat kerana telah membawa kita kedunia ini dan tanpa penat lelah pula,dia menyusukan kita,memberi makan dan minum kita,menyediakan segalanya kepada kita.tapi kenapa ada sesetengah anak pada hari ini sanggup meninggalkan ibu mereka....kenapa jadi begini???
Soalan ini sebenarnya kita perlu tanya diri kita,apa yang kita telah lakukan kepada ibu kita sebagai anak..Ibu tak minta wang ringgit sebagai balasan cukuplah mampu menjaga dia sehingga ke nafasnya yang terakhir.Wang ringgit tak membawa apa-apa makna kepada dia kerana kasih sayang yang dia curahkan dulu lebih bernilai dari wang ringgit..Jadi taburlah bakti kepada ibu dan bapa kita semasa mereka masih bernyawa kerana tiada pengganti untuk mereka selepas mereka dijemput ilahi ke alam sana!!!
TIADA KASIH SAYANG SETANDING IBUDAN TIADA YANG LEBIH MENGAMBIL BERAT TENTANG KITA SELAIN IBU JADI HARGAILAH IBU DAN MOHONLAH DOA AGAR ALLAH MEMBERI KURNIAAN SYURGA KEPADA MEREKA IN SHA ALLAH...
Moga allah memberi kekuatan untuk bonda ku yang tercinta NOOR AZIZAH BINTI SAAD untuk menjaga kami dan semoga engkau diberi balasan syurga oleh allah diakhirat kelak!! amin ya rabbal alamin!!

Ahad, 17 Mac 2013
Berakhirnya latihan PLKN 4 januari - 16 mac 2013
Kehidupan di PLKN tak lah seteruk yang admin fikirkan.Pada minggu pertama memang la kita akan rasa tertekan kerana jurulatih terlalu push kita kan but selepas 2 minggu dalam kem kehidupan jadi lebih menyeronokkan dengan aktiviti2 yang banyak dan sebagainya lah yang admin tak mampu nak tulis disini.
2 Minggu terakhir kem plkn KRBB hati semakin berdebar menantikan sata tamat latihan dan apabila sampai ke tarikh penghujungnya.hati semakin rasa sebak untuk meninggalkan kawan2 terutamanya kawan2 dari bilik A1 iaitu bilik dimana admin menginap selama lebih kurang 71 hari.Banyak pahit manis jerih perih jatuh bangun kami bersama2 melaluinya dan tiba2 kami terpaksa berpisah untuk selama-lamanya.Siapa tak sedih apabila nak tinggalkan kawan2 kan.Tapi itu lah hakikat yang admin n kawan2 lain perlu alami.
NIE KAWAN AKU DARI BILIK I1 ALPHA DARI KIRI YANG ZAID ZAIRY N FARID
kasih sayang itu titi kasih sayang penghubung hati
kasih sayang itu penawar pengubat jiwa penghapus duka
kasih manusia sering bermusim kasih manusia tiada abadi
kasih tuhan tiada bertepi sayang tuhan janjinya pasti!!!!!!!!
Akhir sekali admin harap semua rakan2 krbb akan tetap keep in touch with me in fb or phone ok...

Sabtu, 9 Februari 2013
Kehidupanku di plkn
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..setinggi-tinggi selawat serta salam keatas nabi junjungan kita muhamad s.a.w.
Hari pertama di plkn kem rekreasi belia baling memang sentiasa kekal didalam ingatan admin.bermula saat mendaftar,masuk ke dalam bilik yang sorang pun admin tak kenal hinggalah kena potong rambut..semua tu menjadi kenangan pahit dan manis admin.Minggu demi minggu,hari demi hari keceriaan semakin terasa dalam diri ini..walau agak penat sampai tak sempat nak tidur tetapi memang seronok la sebab dapat jumpa kawan2 baru dari pelbagai negeri dan pelbagai bangsa.
Moga2 allah permudahkan lagi kehidupan saya disana..hampir saat2 nak habis dah..
hehhee.....see u next time ok!!!!

Selasa, 1 Januari 2013
Terapi Alam 1 -habbatus sauda
Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian.setinggi2 syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah rahmatnya diberinya lagi kita nafas untuk hidup pada tahun 2013 ini.Moga2 tahun ini kita mendapat rezeki yang melimpah ruah..
Suka admin kongsikan satu terapi alam yang admin belajar dengan tok guru admin.Habbatus sauda atau juga dipanggil sebagai jintan hitam,adalah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan kawasan-kawasan beriklim panas.Dalam bidang botani,ia dipanggul NIGELLA SATIVA.Biji hitam ini telah dikenali dan dimanfaatkan sejak beribu-ribu tahun terutamanya oleh masyarakat timur tengah dan india.Ia digunakan sebagai makanan bagu memlihara kesihatan dan merawat penyakit,selain bagi kecantikan.Nabi muhammad SAW mengiktiraf biji hitam ini sebagai ubat yang mujarab sebagaimana katanya:
MAKSUDNYA: "PADA HABBATUS SAUDA ITU TERDAPAT UBAT DARIPADA SEGALA JENIS PENYAKIT KECUALI AL-SAAM(MAUT) (RIWAYAT IBN MAJAH)
Dalam kitab al-Tib An-nabawi(pengubatan cara nabi) yang ditulis oleh ibnu Qayyim Al-Jauziyyah,habatus sauda dikenali juga sebagai al-habbah al barokah.Dalam kitab tersebut disebutkan bahawa habbatus sauda dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa kesan sampingan.
KOMPOSISI MINYAK HABBATUS SAUDA.

Minyak habbatus sauda mengandungi asid lemak perlu(essential fatty acids) tinggi yang tidak dapat disintesiskan oleh tubuh badan kuta dan sangat diperlukan bagu kesihatan yang baik.Oleh itu,kewujudannya di dalam habbatus sauda sangat berguna jika diambil bagu memelihara dan meningkatkan kesihatan tubuh badan.
Persediaan perubatan mengandungi asid linoleik dan linolenik telah digunakan secara meluas bagi merawat menurunkan paras kolestrol darah,ekzema dan penyakit kulit,tekanan pra-haid,pelbagai masalah tumor,penyakit pembekuan darah(arterio-thrombotic diseases),artritis reumatoid(rheumatoid arthritis) dan sklerosis.
KOMPOSISI MINYAK HABBATUS SAUDA
Asid Oleik(oleic acids) 64%
Asid Linoleik(linoleic acids) 12%
Asid linolenik(limoenic acids) 70%
asid eikosanoik(eicosadienoic acids) 53%
Kajian perubatan menunjukkan bahawa asid minyak perli yang terdapat di dalam habbatu sauda mengandungi bahan yang memberikan tindak balas bagi memelihara atau memulihkan kesihatan,antaranya:
CYMENE(32%) - Digunakan kerana keupayaannya bertindak menghilangkan sakit pada penghidap reumatisme.
PINENE(3%) - Jika dimakan boleh memberikan sedikit kesan ekspektoran dan kesan lokik9kembung0.Jika digunakan padan bahagian luaran ia memberikan kesan seperti cymene.
CARBONY(25%) -Mempunyai keupayaan sebagai anti septik dan antibiological.dari ujian lanjut ia disahkan berkesan terhadap organisma gram positif dan juga organisma gram negatif.
Karvon (0.05%) -Dietahui mempunyai sifat anti kolik dan kembung perut
Limonena (27%) -Berkesan dalam rawatn batu karang.
Nigellon semohiprepinon (1.5%) - Apabila disapukan di dada atau dihidu ia meluaskan saluran pernafasan,menyerap kesakitan yang berpunca dari pengecutan otot semula jadi atau kekejangan (cramps-ppaintful involuntary muscular contraction),meningkatkan suhunya,sekaligus mengurangkan kesan akibat asma bronkus (bromchial athma) dan batuk.Ia juga menghalang pengeluaran histamina(histamine).
THYMOCHINON - Ia menghalang infeksi,menghilangkan kesakitan,merangsang pundi hempedu dan berperanan sebagai anti oksida.
Langgan:
Catatan (Atom)