alhamdulillah besyukur kita kehadrat Allah kerana dengan limpah serta karunianya dapat sekali lagi admin menulis didalam blog minda dakwah ini.Harap segala perkongsian yang admin kongsikan bolehlah dicopy atau disebarkan kerana nabi bersabda "sebarkanlah ilmu ku walau sepotong ayat"..
AHMAD AMMAR BIN AHMAD AZAM
hari ni admin nak menceritakan kepada pembaca kisah seorang insan mulia dibumi turki.YA!! pasti anda semua sudah mendengar nama ahmad ammar ini diseluruh media sosial seperti facebook,utube dan sebagainya jadi siapa ahmad ammar ini dan apa penyebabnya insan ini dimuliakan disisi tuhannya serta masyarakat turki..
Disini admin coretkan sedikit sebanyak tentang kehidupan atau biografi ahmad ammar ini
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun 2 di marmara university(Gostepe) istanbul.Insan mulia ini telah kembali ke rahmatullah pada 2 november 2o13 akibat kemalangan jalan raya.Insan ini merupakan anak keempat dan satu satu nya anak lelaki Tuan hj ahmad azam abdul rahman,mantan presiden angkatan belia islam malaysia(ABIM).Beliau juga adalah pelajar cemerlang SPM dari maktab tentera diraja dan menyambung pengajian dalam bidang sejarah di turki.
Hayati apa yang disampaikan insan mulia ini.
yang nak tahu tentang ahmad ammar ni,admin berikan link video ini
Gambar Pengebumian Ahmad Ammar Ahmad Azam







Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.
Sumber: Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki | melvister.com
Sumber: Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki | melvister.com
Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.
allah hu akbar..moga kita juga diberi kesempatan menjadi seperti Insan hebat ini..sekian coretan admin hari ini..sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan