Welcome

Selasa, 1 Januari 2013

Terapi Alam 1 -habbatus sauda

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian.setinggi2 syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah rahmatnya diberinya lagi kita nafas untuk hidup pada tahun 2013 ini.Moga2 tahun ini kita mendapat rezeki yang melimpah ruah..

Suka admin kongsikan satu terapi alam yang admin belajar dengan tok guru admin.Habbatus sauda atau juga dipanggil sebagai jintan hitam,adalah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan kawasan-kawasan beriklim panas.Dalam bidang botani,ia dipanggul NIGELLA SATIVA.Biji hitam ini telah dikenali dan dimanfaatkan sejak beribu-ribu tahun terutamanya oleh masyarakat timur tengah dan india.Ia digunakan sebagai makanan bagu memlihara kesihatan dan merawat penyakit,selain bagi kecantikan.Nabi muhammad SAW mengiktiraf biji hitam ini sebagai ubat yang mujarab sebagaimana katanya:

MAKSUDNYA: "PADA HABBATUS SAUDA ITU TERDAPAT UBAT DARIPADA SEGALA JENIS PENYAKIT KECUALI AL-SAAM(MAUT)  (RIWAYAT IBN MAJAH)

Dalam kitab al-Tib An-nabawi(pengubatan cara nabi) yang ditulis oleh ibnu Qayyim Al-Jauziyyah,habatus sauda dikenali juga sebagai al-habbah al barokah.Dalam kitab tersebut disebutkan bahawa habbatus sauda dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa kesan sampingan.


KOMPOSISI MINYAK HABBATUS SAUDA.



Minyak habbatus sauda mengandungi asid lemak perlu(essential fatty acids) tinggi yang tidak dapat disintesiskan oleh tubuh badan kuta dan sangat diperlukan bagu kesihatan yang baik.Oleh itu,kewujudannya di dalam habbatus sauda sangat berguna jika diambil bagu memelihara dan meningkatkan kesihatan tubuh badan.

Persediaan perubatan mengandungi asid linoleik dan linolenik telah digunakan secara meluas bagi merawat menurunkan paras kolestrol darah,ekzema dan penyakit kulit,tekanan pra-haid,pelbagai masalah tumor,penyakit pembekuan darah(arterio-thrombotic diseases),artritis reumatoid(rheumatoid arthritis) dan sklerosis.

KOMPOSISI MINYAK HABBATUS SAUDA

Asid Oleik(oleic acids)       64%
Asid Linoleik(linoleic acids)   12%
Asid linolenik(limoenic acids)   70%
asid eikosanoik(eicosadienoic acids)   53%

Kajian perubatan menunjukkan bahawa asid minyak perli yang terdapat di dalam habbatu sauda mengandungi bahan yang memberikan tindak balas bagi memelihara atau memulihkan kesihatan,antaranya:

CYMENE(32%) - Digunakan kerana keupayaannya bertindak menghilangkan sakit pada penghidap reumatisme.

PINENE(3%) - Jika dimakan boleh memberikan sedikit kesan ekspektoran dan kesan lokik9kembung0.Jika digunakan padan bahagian luaran ia memberikan kesan seperti cymene.

CARBONY(25%) -Mempunyai keupayaan sebagai anti septik dan antibiological.dari ujian lanjut ia disahkan berkesan terhadap organisma gram positif dan juga organisma gram negatif.

Karvon (0.05%) -Dietahui mempunyai sifat anti kolik dan kembung perut

Limonena (27%) -Berkesan dalam rawatn batu karang.

Nigellon semohiprepinon (1.5%) - Apabila disapukan di dada atau dihidu ia meluaskan saluran pernafasan,menyerap kesakitan yang berpunca dari pengecutan otot semula jadi atau kekejangan (cramps-ppaintful involuntary muscular contraction),meningkatkan suhunya,sekaligus mengurangkan kesan akibat asma bronkus (bromchial athma) dan batuk.Ia juga menghalang pengeluaran histamina(histamine).

THYMOCHINON - Ia menghalang infeksi,menghilangkan kesakitan,merangsang pundi hempedu dan berperanan sebagai anti oksida.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan