Welcome

Jumaat, 29 November 2013

Minda dakwah : Sinopsis sebuah hati

Menurut sains, hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma ada manusia dan hiawan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen,mensintesis protein olasma,dan menyahtoksik dadah.Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman.

Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati biasanya berasal dari perkataan greek bagi hati iaitu hepar,menjadi hepato atau hepatic. Hati yang berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus.

Hati merupakan pengawal manusia dan elemen yang terpenting dalam diri manusia kerana dengan hati manusia dilebihkan oleh Allah s.w.t dari makhluk lain.Hati manusia mempunyai 3 bahagian iaitu :



  • Qalbun Mayyit (hati yang mati) - Hati jenis ini tidak dapat lagi membezakan antara baik dan buruk.

  • Qalbun Mariidh (hati yang berpenyakit) - Merasa sudah banyak membuat kebaikan dan merasa berjasa terhadap perkembangan agama islam.Sering menganggap remeh terhadap orang lain dan cenderung membuat hal sendiri.Ciri ciri orang yang hatinya berpenyakit : 


-  suka menganggap mudah terhadap dosa

- suka bermaksiat


  • Qalbun Salim (hati yang lurus dan bersih) - seseorang yang terarah hidupnya manakala hatinya tenang dan selalu mengingati akan kebesaran allah s.w.t.Ciri ciri orang yang berhati lurus adalah:

selalu mendambakan kasih sayang dari allah s.w.t

takut akan azab dari allah s.w.t


Pengkaji tasawwuf sering menjadikan soal hati sebagai agenda utama.Hal ini sesungguhya untuk penelarasan dari ilmu tauhid dan syariat.Dalam sebuah kata kata hikmah bahawa :  "Man arofa Nafsahufaqod Arofa rabbahu". "Barangsiapa mengenal dirinya maka ia akan mengenal tuhannya".

sementara Ali R.A mengatakan bahawa : Awwaluddin Ma'rifatullah"."Awalnya beragama adalah mengenal allah".Sehingga dapat dilihat,bahawa Mengenal diri (an nafs) merupakan awal dari seorang beragama dengan hak.Keperibadian manusia itu dan kualiti hatinya dapat diketahui melalui tingkah lakunya,kerana ia merupakan cerminan dari HATInya.


sambungan........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan