Assalamualaikum..
setinggi-tinggi syukur kepada allah s.w.t serta selawat dan salam kepada nabi junjungan kita muhammad s.a.w sahabat serta keluarga baginda..
Hari ini admin nak menulis tentang sebuah topik yang bagi admin agak menarik iaitu Wanita menurut al quran dan al sunnah..
KONSEP KEJADIAN WANITA
Anggun,lemah lembut,berbudi bahasa dan bersopan tetapi tegas.Itulah watak yang sewajarnya dimiliki oleh seorang wanita.Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjadikan sifat sifatnya sesuai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya.
Fitrah wanita bersifat dengan keindahan dan ketinggian.Asal penciptaan wanita pertama melambangkan sifat sifat ini.Justeru,wanita perlu dihormati dengan cara yang lebih baik,sesuai dengan kemuliaan dan tanggungjawab yang telah allah s.w.t ciptakan untuknya
"Berpesanlah supaya berlaku baik kepada kaum wanita,sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk yang bengkok,tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang berasa paling atas.Jika engkau membiarkannya,ia akan tetap bengkok.Oleh itu berpesanlah supaya berlaku baik kepada wanita. (hadis riwayat al-buqari dan muslim)
Mereka juga mempunyai peranan yang tersendiri dan tanggungjawab yang besar,sama seperti kaum lelaki dan tiada bezanya disisi Allah.Ini adalah kerana seseorang itu dinilai dari segi ketaqwaannya kepada Allah.
Firman allah s.w.t dalam surah al-hujurat ayat 13 :
ertinya:
Hai manusia,sesungguhnya kami ciptakan kam dari seorang leleaki dan seorang perempuan dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.Sesungguhnya allah maha mengetahui lagi maha mengenal.
Allah s.w.t telah menciptakan wanita sebagai pasangan lelaki sepertimana allah s.w.t menciptakan Hawa sebagai teman dan isteri Nabi Adam a.s. sejak dari syurga hinggalah dihantar ke dunia.Firman allah s.w.t dalam surah ar-rum ayat 21:
ertinya :
dan diantara tanda tanda kekuasaaanya ialah dia menciptakan kamu isteri isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antara kamu rasa kasih dan sayang dan sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda kaum yang berfikir.
Allah s.w.t maha agung dan dia berkuasa menciptakan sesuatu yang hebat dan indah iaitu wanita sebagai kurniaan tidak ternilai kepada kaum lelaki.Allah s.w.t telah memperkenalkan erti kasih sayang kepada kaum lelaki melalui wanita.Di samping itu,wanita juga menjadi tempat bagi lelaki memperolehi ketenangan dan kebahagiaan dari sefi fizikal dan spiritual.Justeru kaum lelaki perlu menjaga sebaiknya kurniaan teristimewa ini sebagai suatu amanah,
Sebagai hamba Allah s.w.t.Kaum wanita memperolehi ganjaran yang sama dengan kaum lelaki sebagaimana firman allah s.w.t dalam surah an-nisa ayat 124:
ertinya :
Brangsiapa yang mengerjakan amalan soleh,baik lelaki ataupun wanita sedang ia orang yang beriman,maka mereka itu masuk ke dalma syurga dan emreka tidak dianiayai walau sedikit pun.
Di dalam bidang sosial,sama ada dalam bentuk kebajikan,dakwah dan sebagainya, islam sentiasa menggalakkan kaum wanita supaya sentiasa bergerak maju untuk melakukan sebanyak mungkin amal kebajikan kepada penghidupan sosial dan di dalam menjalankan kegiatan kegiatan tersebut,mereka hendaklah berganding bahu dengan kaum lelaki.Firman allah s.w.t dalam surah at-taubah ayat 71
ertinya :
dan orang orang mukmin lelaki dan perempuan,sebahagian mereka(Adalah) penolong sebahagian yang lain.Mereka menyuruh yang Maaruf dan mencegah yang mungkar,mereka mendirikan solat,mengeluarkan zakat,mematuhi allah dan rasulnya.,erekalah yang dirahmati oelh allah sesungguhnya allah maha perkasa dan maha bijaksana.
Sebagai sebuah agama yang syumul dan suci, islam telah membawa rahmat ke seluruh alam.Ia merubah segala kepincangan dan menghapuskan kegelapan yang menyelebungi manusia.Nasib wanita turut berubah.Penghormatan kepada kaum hawa jelas terlihat apabila salah satu surah dalam al quran dinamakan surah an nisa(surah wanita).Surah ini terdiri daripada 176 ayat dan merupakan surah Madaniyyah yang terpanjang sesudah surah al baqarah.
Ia dinamakan surah an nisa kerana dalam surah ini banyak dibicarakan hal hal yang berkaitan dengan wanita dibandingkan dengan surah surah yang lain. Surah lain yang banyak juga membicarakan tentang hal wanita ialah surah at-talaq.Dalam hal ini biasa disebut surah an nisa dengan sebutan surah an nisa al kubra (surah an nisa yang besar) sedangkan surah at talaq disebut dengan sebutan surah an nisa as sughra (surah an nisa yang kecil)
Islam telah menetapkan beberapa asas atau dasar untuk memperbaiki taraf wanita antaranya :
1) Menetapkan bahawa wanita itu adalah manusia yang "serupa" dengan lelaki
2) Memberi hak untuk wanita mendapat harta pusaka
3) Memberi hak kepada wanita untuk memberi bantuan di medan perang,solat berjemaah,mengerjakan haji,menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran
Sekian....