Welcome

Sabtu, 14 Jun 2014

eh eh MEGA BAZAAR - KARA teams menyertainya

Assalamualaikum semua blogger...admin disini nak promosikan teams biz admin iaitu biz kara yang Alhamdulillah telah tertubuh secara rasmi pada 5 mei 2014 dan inshaallah akan meluaskan sayap biznya dengan bantuan majlis perniagaan melayu putrajaya dengan adanya MEGA BAZAAR usahawan online 2014 yang akan diadakan di :-

TEMPAT : MAEPS SERDANG SELANGOR

TARIKH : 21-22 JUN 2014

WAKTU : 10 PAGI- 10 MALAM

NO BOOTH : L 14 (PROJEK DUIT RAYA 14)

Jangan lupa memenuhkan dan memeriahkan lagi mega bazaar dan booth admin pada hari tersebut.Jangan lepaskan peluang anda untuk menerima HOT OFFER dari admin selaku pengasas dan top leader bagi kara teams phytoscience.Anda rasa anda ingin berbiz cara blogger?? nak yang modal kecil but untung besar??
JOM admin nak tawarkan biz yang gila senang gila banyak dan gila-gila...he he he...



YANG PALING MENARIKNYA AKAN DISERTAI JUGA OLEH 50 ARTIS YANG AKAN TAMBAH MEMERIAHKAN LAGI EH EH MEGA BAZAAR 2014 NANTI..


JANGAN LEPASKAN PELUANG INI OK!!! HADIR JANGAN TAK HADIR!!


TENTU ANDA AKAN TERTARIK DENGAN HOT OFFER YANG AKAN ADMIN TAWARKAN

PM ADMIN OK JIKA NAK OFFER TU :D HEHE








Sabtu, 22 Februari 2014

Young phytopers - menambah pendapatan

As salam..

Biz kaaching merupakan biz 100% network marketing. Phytoscience telah mendapat kelulusan AJL dan Skim anti 
Piramid. Keistimewaannya kerana BONUS kita dibayar SETIAP HARI dalam USD..

Pakej yang ditawarkan, ada 3 pakej..
 
1. Silver RM270 - keuntungan sehari RM500 

2.Gold RM1620 - keuntungan sehari RM3000

3. Mobile RM5400 - keuntungan tiada HAD hingga RM10,000 sehari
Untung/Bonus LUAR BIASA:

Bonus Introducer

1. Silver taja silver - RM100

2. Gold taja Gold - RM600

3. Mobile taja Mobile - RM2000

Pairing Bonus. 

1. Silver + Silver - RM50

2. Gold + Gold - RM300

3. Mobile + Mobile - RM1000

JANGAN LEPASKAN PELUANG! JOM KITA BERADA DI POSISI TERATAS SEKARANG!


---> PERSONAL COACHING AKAN DIBERIKAN


DOUBLE STEMCELL ini juga:
[**] Insuran RM3 JUTA
[**] Buatan Malaysia
[**] Bertaraf GMP
[**] Ada kelulusan KKM
[**] Ada kelulusan *SIRIM*

Biz yg palinggggg mudah..
semua di hujung jari je (guna laptop & internet).. Sistem yg buat kerja lepas rangkaian kita buat duplikasi.. HQ yg Hantar brg ke rumah anda..
Income bonus dibayar hari2, sehari dapat RM1k, sebulan RM30k sape nak bagi.. Yang penting kita jadi yg terawal..

jika anda berminat sila pm admin di wechat atau fb admin 

wechat- wali_95
facebook - wali semerah padi

anda juga boleh mengetahui perkembangan biz phyto admin ni melalui page admin di facebook 

just tulis facebook/lalatukaza.com

moga kita semua dilimpahi rezeki oleh allah inshaallah

Khamis, 12 Disember 2013

Allah dan HambaNYA

Assalamualaikum w.b.t

Bersyukur kita kehadrat allah s.w.t  kerana dengan limpah dan kurnianya dapat admin menulis blog lagi pada malam ini dengan rasa ketenangan disisiNYA..


Apabila allah tidak mengkehendaki kita lagi

: Allah akan sentiasa sibukkan kita dengan urusan dunia.
:Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
:Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan
:Allah akan sibukkan kita dengan harta

Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggallkan.Sekiranya kita mampu bertanya kepada orang orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui allah s.w.t dan jika mereka diberi peluang utnuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak akan bertarung bermatian untuk merebut dunia.

Kerana tujuan kita diciptakan adalah unutk menyembah Allah.Tidak akan diciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia.Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah s.w.t.Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih dari kita dari segi gaji pangkat dan sebagainya..

Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih dari kita

kita tidak pernah cemburu apabila orang lain disepertiga malam solat tahajjud dan bermunajat

kita cemburu apabila orang lain menukar kereta baru yang mewah

tetapi jarang kita cemburu apabila kita melihat orang lain yang boleh khatam al quran sebulan 2 kali.

Kesemua petanda petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman.Apabila harta,duit,pangkat mengatasi segalanya.Setiap kali menyambut hari lahir kita sibuk nak meraikan sebaik mungkin tetapi kita lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil ilahi bertambah dekat.Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan yang akan kita bawa ke akhirat.

Syurga dan neraka itu benar... XD

Jumaat, 29 November 2013

Minda dakwah : Sinopsis sebuah hati

Menurut sains, hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma ada manusia dan hiawan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen,mensintesis protein olasma,dan menyahtoksik dadah.Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman.

Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati biasanya berasal dari perkataan greek bagi hati iaitu hepar,menjadi hepato atau hepatic. Hati yang berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus.

Hati merupakan pengawal manusia dan elemen yang terpenting dalam diri manusia kerana dengan hati manusia dilebihkan oleh Allah s.w.t dari makhluk lain.Hati manusia mempunyai 3 bahagian iaitu :



  • Qalbun Mayyit (hati yang mati) - Hati jenis ini tidak dapat lagi membezakan antara baik dan buruk.

  • Qalbun Mariidh (hati yang berpenyakit) - Merasa sudah banyak membuat kebaikan dan merasa berjasa terhadap perkembangan agama islam.Sering menganggap remeh terhadap orang lain dan cenderung membuat hal sendiri.Ciri ciri orang yang hatinya berpenyakit : 


-  suka menganggap mudah terhadap dosa

- suka bermaksiat


  • Qalbun Salim (hati yang lurus dan bersih) - seseorang yang terarah hidupnya manakala hatinya tenang dan selalu mengingati akan kebesaran allah s.w.t.Ciri ciri orang yang berhati lurus adalah:

selalu mendambakan kasih sayang dari allah s.w.t

takut akan azab dari allah s.w.t


Pengkaji tasawwuf sering menjadikan soal hati sebagai agenda utama.Hal ini sesungguhya untuk penelarasan dari ilmu tauhid dan syariat.Dalam sebuah kata kata hikmah bahawa :  "Man arofa Nafsahufaqod Arofa rabbahu". "Barangsiapa mengenal dirinya maka ia akan mengenal tuhannya".

sementara Ali R.A mengatakan bahawa : Awwaluddin Ma'rifatullah"."Awalnya beragama adalah mengenal allah".Sehingga dapat dilihat,bahawa Mengenal diri (an nafs) merupakan awal dari seorang beragama dengan hak.Keperibadian manusia itu dan kualiti hatinya dapat diketahui melalui tingkah lakunya,kerana ia merupakan cerminan dari HATInya.


sambungan........

Khamis, 28 November 2013

minda dakwah : wanita menurut al-quran dan al sunnah :D

Assalamualaikum..

 setinggi-tinggi syukur kepada allah s.w.t serta selawat dan salam kepada nabi junjungan kita muhammad s.a.w sahabat serta keluarga baginda..

Hari ini admin nak menulis tentang sebuah topik yang bagi admin agak menarik iaitu Wanita menurut al quran dan al sunnah..

KONSEP KEJADIAN WANITA


Anggun,lemah lembut,berbudi bahasa dan bersopan tetapi tegas.Itulah watak yang sewajarnya dimiliki oleh seorang wanita.Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjadikan sifat sifatnya sesuai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya.

Fitrah wanita bersifat dengan keindahan dan ketinggian.Asal penciptaan wanita pertama melambangkan sifat sifat ini.Justeru,wanita perlu dihormati dengan cara yang lebih baik,sesuai dengan kemuliaan dan tanggungjawab yang telah allah s.w.t ciptakan untuknya


"Berpesanlah supaya berlaku baik kepada kaum wanita,sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk yang bengkok,tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang berasa paling atas.Jika engkau membiarkannya,ia akan tetap bengkok.Oleh itu berpesanlah supaya berlaku baik kepada wanita. (hadis riwayat al-buqari dan muslim)

Mereka juga mempunyai peranan yang tersendiri dan tanggungjawab yang besar,sama seperti kaum lelaki dan tiada bezanya disisi Allah.Ini adalah kerana seseorang itu dinilai dari segi ketaqwaannya kepada Allah.
Firman allah s.w.t dalam surah al-hujurat ayat 13 :

ertinya:

     Hai manusia,sesungguhnya kami ciptakan kam dari seorang leleaki dan seorang perempuan dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.Sesungguhnya allah maha mengetahui lagi maha mengenal.

Allah s.w.t telah menciptakan wanita sebagai pasangan lelaki sepertimana allah s.w.t menciptakan Hawa sebagai teman dan isteri Nabi Adam a.s. sejak dari syurga hinggalah dihantar ke dunia.Firman allah s.w.t dalam surah ar-rum ayat 21:

ertinya :

      dan diantara tanda tanda kekuasaaanya ialah dia menciptakan kamu isteri isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antara kamu rasa kasih dan sayang dan sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda kaum yang berfikir.


Allah s.w.t maha agung dan dia berkuasa menciptakan sesuatu yang hebat dan indah iaitu wanita sebagai kurniaan tidak ternilai kepada kaum lelaki.Allah s.w.t telah memperkenalkan erti kasih sayang kepada kaum lelaki melalui wanita.Di samping itu,wanita juga menjadi tempat bagi lelaki memperolehi ketenangan dan kebahagiaan dari sefi fizikal dan spiritual.Justeru kaum lelaki perlu menjaga sebaiknya kurniaan teristimewa ini sebagai suatu amanah,

Sebagai hamba Allah s.w.t.Kaum wanita memperolehi ganjaran yang sama dengan kaum lelaki sebagaimana firman allah s.w.t dalam surah an-nisa ayat 124:


ertinya :

       Brangsiapa yang mengerjakan amalan soleh,baik lelaki ataupun wanita sedang ia orang yang beriman,maka mereka itu masuk ke dalma syurga dan emreka tidak dianiayai walau sedikit pun.


Di dalam bidang sosial,sama ada dalam bentuk kebajikan,dakwah dan sebagainya, islam sentiasa menggalakkan kaum wanita supaya sentiasa bergerak maju untuk melakukan sebanyak mungkin amal kebajikan kepada penghidupan sosial dan di dalam menjalankan kegiatan kegiatan tersebut,mereka hendaklah berganding bahu dengan kaum lelaki.Firman allah s.w.t dalam surah at-taubah ayat 71


ertinya :

     dan orang orang mukmin lelaki dan perempuan,sebahagian mereka(Adalah) penolong sebahagian yang lain.Mereka menyuruh yang Maaruf dan mencegah yang mungkar,mereka mendirikan solat,mengeluarkan zakat,mematuhi allah dan rasulnya.,erekalah yang dirahmati oelh allah sesungguhnya allah maha perkasa dan maha bijaksana.


Sebagai sebuah agama yang syumul dan suci, islam telah membawa rahmat ke seluruh alam.Ia merubah segala kepincangan dan menghapuskan kegelapan yang menyelebungi manusia.Nasib wanita turut berubah.Penghormatan kepada kaum hawa jelas terlihat apabila salah satu surah dalam al quran dinamakan surah an nisa(surah wanita).Surah ini terdiri daripada 176 ayat dan merupakan surah Madaniyyah yang terpanjang sesudah surah al baqarah.

Ia dinamakan surah an nisa kerana dalam surah ini banyak dibicarakan hal hal yang berkaitan dengan wanita dibandingkan dengan surah surah yang lain. Surah lain yang banyak juga membicarakan tentang hal wanita ialah surah at-talaq.Dalam hal ini biasa disebut surah an nisa dengan sebutan surah an nisa al kubra (surah an nisa yang besar) sedangkan surah at talaq disebut dengan sebutan surah an nisa as sughra (surah an nisa yang kecil)

Islam telah menetapkan beberapa asas atau dasar untuk memperbaiki taraf wanita antaranya :

1) Menetapkan bahawa wanita itu adalah manusia yang "serupa" dengan lelaki

2) Memberi hak untuk wanita mendapat harta pusaka

3) Memberi hak kepada wanita untuk memberi bantuan di medan perang,solat berjemaah,mengerjakan haji,menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran

Sekian....






Selasa, 26 November 2013

Ahmad Ammar Insan yang dimuliakan dibumi Turki

Assalamualaikum 

alhamdulillah besyukur kita kehadrat Allah kerana dengan limpah serta karunianya dapat sekali lagi admin menulis didalam blog minda dakwah ini.Harap segala perkongsian yang admin kongsikan bolehlah dicopy atau disebarkan kerana nabi bersabda "sebarkanlah ilmu ku walau sepotong ayat"..


AHMAD AMMAR BIN AHMAD AZAM

hari ni admin nak menceritakan kepada pembaca kisah seorang insan mulia dibumi turki.YA!! pasti anda semua sudah mendengar nama ahmad ammar ini diseluruh media sosial seperti facebook,utube dan sebagainya jadi siapa ahmad ammar ini dan apa penyebabnya insan ini dimuliakan disisi tuhannya serta masyarakat turki..

Disini admin coretkan sedikit sebanyak tentang kehidupan atau biografi ahmad ammar ini

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun 2 di marmara university(Gostepe) istanbul.Insan mulia ini telah kembali ke rahmatullah pada 2 november 2o13 akibat kemalangan jalan raya.Insan ini merupakan anak keempat dan satu satu nya anak lelaki Tuan hj ahmad azam abdul rahman,mantan presiden angkatan belia islam malaysia(ABIM).Beliau juga adalah pelajar cemerlang SPM dari maktab tentera diraja dan menyambung pengajian dalam bidang sejarah di turki.



Hayati apa yang disampaikan insan mulia ini.

yang nak tahu tentang ahmad ammar ni,admin berikan link video ini



Gambar Pengebumian Ahmad Ammar Ahmad Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-3
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-2  Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-6
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-4
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-5
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-7

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Sumber: Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki | melvister.com 


Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.


allah hu akbar..moga kita juga diberi kesempatan menjadi seperti Insan hebat ini..sekian coretan admin hari ini..sekian

Isnin, 25 November 2013

Muslimah:antara tertutup dan terbuka

Assalamualaikum

Wanita Zaman Nabi
Dalam hadis yang banyak, pergaulan antara lelaki dan wanita di zaman Nabi s.a.w berlaku secara normal tetapi terhormat. Tidak jumud seperti yang disangka oleh sesetengah pihak. Sebab itu sahabiyat atau wanita muslimah pada zaman Nabi s.a.w terlibat membantu Nabi s.a.w dan tentera Islam dalam peperangan. Mereka mengubati tentera yang cedera dan sebagainya. Bahkan ada yang terlibat langsung dengan peperangan. Umpamanya, semasa Peperangan Hunain, Umm Sulaim membawa khanjar (pisau belati) untuk menikam sesiapa yang menghampirinya. Dalam hadis Muslim, suaminya iaitu Abu Talhah berkata kepada Rasulullah,“Wahai Rasulullah! Ini Ummu Sulain, bersamanya khanjar”. Lalu Rasulullah berkata kepada Ummu Sulaim, “Khanjar apakah ini?”. Ummu Sulaim menjawab, “Aku bawa, jika ada musyrikin (musuh) yang menghampiriku nescaya aku belah perutnya dengan ini”.

Begitu juga Umm Haram, apabila dia telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Tentera yang pertama dikalangan umatku yang berperang di laut wajiblah bagi mereka itu di syurga.” Kata Umm Haram: “Wahai Rasulullah s.a.w! Adakah aku termasuk dikalangan mereka?” Jawab Baginda: “Ya!”Kemudian Baginda bersabda lagi: “Tentara yang pertama dikalangan umatku yang memerangi bandar Qaysar (Caesara) diampunkan dosa mereka.” Aku (Umm Haram) berkata: “Adakah aku dikalangan mereka, wahai Rasulullah?” Jawab Baginda: “Tidak!” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sejarah mencatatkan, bahawa peperangan umat Nabi s.a.w yang pertama di laut ialah peperangan Cyprus. Umm Haram telah menyertainya dan panglima tentera Islam dalam peperangan tersebut ialah Mu’awiyah ibn Abi Sufyan. Peperangan ini berlaku pada zaman pemerintahan Sayyidina ‘Uthman ibn ‘Affan. Mu’awiyah yang menjadi amir ketika itu, turut serta ke medan peperangan bersama dengan isterinya (Ibn Hajar al-‘Asqalani, Al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, 8/223, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah)
Wanita juga terlibat menghidangkan makanan kepada lelaki semasa majlis perkahwinan. Dalam hadis al-Bukhari, masa majlis walimah Abu Usaid al-Sa’idi, isteri beliau yang merupakan pengantin baru melayan hidangan untuk tetamu lelaki, termasuk Rasulullah s.a.w.
Terdapat juga riwayat di mana Rasulullah dan para sahabat pernah nampak isteri al-Zubair ibn al-‘Awwam iaitu Asma bin Abi Bakr yang sedang membawa benih tamar, lalu baginda menjemputnya untuk naik tunggangan baginda. Dalam riwayat al-Bukhari, Asma berkata: “Nabi s.a.w mendudukkan unta untuk aku menaikinya. Aku malu terhadap Nabi dan teringatkan pula sifat cemburu kamu (al-Zubair)”.
Terlalu banyak riwayat yang menunjukkan pergaulan secara terhormat berlaku antara lelaki dan perempuan pada zaman Nabi s.a.w dengan keizinan baginda dan bahkan penglibatan baginda sendiri kadang-kala.
Sopan
Pun begitu, hubungan lelaki dan wanita mempunyai batasan yang mesti dikawal. Menutup aurat salah satu darinya. Pakaian menutup aurat bukan sahaja disuruh oleh Islam bahkan dalam semua agama yang ada hubung kait dengan wahyu serta kenabian seperti Yahudi dan Kristian, sentiasa menganggap menutup kepala dan jasad secara sopan seperti yang dipakai oleh nun dalam Kristian adalah tuntutan. Persamaan itu tidak pelik. Puasa juga Allah tegaskan (maksudnya)
“seperti mana diwajibkan kepada mereka yang sebelum kamu”.(Surah al-Baqarah, ayat 183).
Persamaan bukan menunjukkan pengaruh yang salah seperti yang didakwa oleh kelompok anti-tudung kepala.
Dalam al-Quran Allah berfirman: (maksudnya)
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbab (pakaian) mereka ke atas tubuh mereka; cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Ahzab, ayat 59).
Maka, asas dalam fesyen pakaian seorang wanita muslimah hendaklah berteraskan pakaian yang memberikan gambaran yang pemakainya seorang wanita yang baik dan tidak membangkit nafsu lelaki dengan pendedahan, warna yang melampau, rekaan fesyen yang memberikan nilai yang negatif dan seumpamanya.
Juga firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31(maksudnya):
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara: pertama; maksud “kecuali yang zahir daripadanya” ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Sementara kalangan ulama seperti Abu Hanifah memasukkan pergelangan kaki antara yang boleh didedahkan. Dalam bahasa sekarang, tidak wajib memakai stokin. Kedua; ayat di atas menyatakan “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”. Ini bermaksud wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Bahagian belahan leher yang mungkin mendedahkan dada dan sekitarnya itu perlu ditutup.