Welcome

Sabtu, 22 Disember 2012

syeikh Nuruddin Al-raniri-dari sudut pandangan raden kaza

 BIODATA SYEIKH NURUDDIN AL-RANIRI



Syeikh Nuruddin al-Raniri atau nama penuhnya al-Syaykh Nuruddin 
Muhammad Jailani bin Ali bin Hasanji bin Muhammad Hamid alRaniri merupakan seorang tokoh ulama’ nusantara pada abad ke 
17. Dilahirkan di Ranir iaitu sebuah kota pelabuhan berhampiran 
dengan Gujarat, India. Berketuru nan Arab Hadramaut dari sebelah 
bapanya, manakala ibunya merupakan orang Melayu Aceh. Lama 
menetap di Aceh, Pahang dan Gujarat. Beliau banyak menghasilkan 
penulisan-penulisan yang bernilai tinggi samaada berbahasa 
Melayu Jawi dan karya berbahasa Arab dalam pelbagai bidang.  
Karya-karya beliau menyentuh bidang hadith, sejarah, 
perbandingan agama, fiqh, akidah, tasawwuf dan bidang-bidang 
lain yang kesemuanya melebihi 30 buah buku. Beliau  seorang 
ulama’ yang sangat berpengaruh dan mempunyai ilmu yang tinggi 
terutama menerusi usahanya membenteras fahaman wujudiyyah 
yang berkembang di nusantara pada ketika itu. Kajian kepustakaan 
ini bertujuan untuk melihat ketokohan dan sumbangan beliau di 
dalam bidang hadith di Alam Melayu khususnya dan dunia 
umumnya. 


Pendahuluan
Syeikh Nur al-Din al-Raniri adalah seorang ulama yang terkenal dan masyhur. Beliau tidak
hanya terkenal di kalangan dunia Melayu sahaja, bahkan beliau juga terkenal di kalangan
pengarang-pengarang Barat. Beliau terkenal sebagai  seorang pujangga dan seorang
ulama’, tetapi pengaruhnya lebih berkesan kepada Masyarakat Melayu dalam bidang
agama. Pengaruhnya yang besar ini dapat diperhatikan apabila kitabnya Sirat al-Mustaqim
masih lagi digunakan di sesetengah sekolah agama di Malaysia pada kurun ke-20 ini.
1
Kitab Sirat al-Mustaqim ini adalah sebuah kitab fiqh yang membicarakan tentang taharah,
sembahyang, puasa, zakat, haji dan hukum-hukum fiqh yang lain. Kitab ini dikarang atas
permintaan Sultan Iskandar Thani, iaitu sultan yang kedua yang memerintah Acheh (1637-
1641 M) selepas Sultan Iskandar Muda. Syaykh Nur al-Din al-Raniri juga masyhur dalam bidang sastera. Pada tahun 1638, beliau telah mengarang sebuah buku yang bertajuk Bustan al-Salatin  yang bermaksud: “Taman raja-raja”. Buku ini menceritakan tentang sejarah raja-raja Aceh pada masa itu dan juga
sejarah raja-raja lain.



Riwayat Hidup
Nama penuh beliau ialah al-Syaykh Nur al-Din Muhammad2
 Jaylani3ibn cAli  ibn Hasanji ibn Muhammad Hamid al-Raniri al-Qurashi al-Syafic
i. Beliau dilahirkan di Ranir, iaitu sebuah kota pelabuhan yang berhampiran dengan Gujerat, India. Beliau berketurunan Arab Hadramaut daripada sebelah bapanya yang telah lama tinggal di Gujerat. Manakala
ibunya pula adalah orang Melayu Acheh. Acheh pada suatu ketika dahulu merupakan
sebuah negara yang mendeka di bawah kepimpinan yang adil, namun sekarang Acheh
telah menjadi sebahagian daripada Indonesia.

Tarikh kelahiran beliau tidak diketahui dengan jelas, kerana semua manuskrip yang ditulis
oleh beliau tidak pernah menyentuh tentang tarikh kelahirannya. Begitu juga buku-buku
dan kajian yang menulis tentang beliau tidak pernah menyebut tarikh kelahirannya. Apa
yang dapat diketahui dengan jelas adalah tarikh ketibaannya ke Acheh. Beliau telah tiba di
Acheh pada 6 Muharram 1047 Hijrah, bersamaan dengan 31 Mei 1637 Masihi, iaitu
setahun selepas Sultan Iskandar Thani mula memerintah.

Sebelum beliau belayar ke Aceh, beliau terlebih dahulu pergi ke Pahang. Beliau pergi ke
Pahang setelah beliau menamatkan pengajiannya di Makkah. Pahang pada waktu itu
berada di bawah taklukan Aceh, yang merupakan sebuah kerajaan yang dikenali dengan
Aceh Darussalam. Aceh pada waktu itu merupakan sebuah pusat perdagangan,
kebudayaan, politik serta pusat pengajian Islam yang terkenal. Aceh juga telah melahirkan
ilmuan-ilmuan yang masyhur dan terkemuka seperti Syaykh Hamzah al-Fansuri, Syaykh
Shamsuddin al-Sumatrani dan Syaykh Abdur Rauf al-Fansuri al-Singkili. Ulama ini telah
masyhur sebelum kedatangan Syaykh Nur al-Din al-Raniri ke Aceh.
Sebelum Syaykh Nur al-Din al-Raniri sampai ke Aceh, di sana sudah ada satu fahaman yang
dikenali dengan aliran Tasawwuf Wujudiyah5 yang telah dipelopori oleh Syaykh Hamzah
Fansuri dan Syaykh Shamsuddin al-Sumatrani. Aliran ini sangat berpengaruh di Aceh pada

ketika itu. Aliran ini telah ditentang oleh sebahagian ahli tasawwuf di Timur Tengah
kerana aliran ini dianggap telah menyeleweng daripada ajaran-ajaran Islam yang sebenar.
Maka kedatangan Syaykh Nur al-Din al-Raniri ke Aceh seakan-akan membawa satu
pendapat baru yang asing dalam masyarakat Aceh. Lazimnya sesuatu yang baru tidak
mudah diterima oleh masyarakat setempat. Namun begitu, memandangkan bahawa beliau
bermadhhab Syafi’i dan mengamalkan aliran tasawwuf  Qadariyah yang diajarkan oleh
Syaykh Abd al-Qadir Jaylani, beliau mesti menentang dan menolak ajaran yang telah
diajarkan oleh Syaykh Hamzah al-Fansuri dan Syaykh  Shamsuddin al-Sumatrani, kerana
ajaran tersebut adalah salah menurut pandangannya.

Syaykh Nur al-Din al-Raniri mendapat peluang yang baik untuk membasmi fahaman
Wujudiyah ini apabia beliau mendapat tempat yang sangat baik di sisi Sultan Iskandar
Thani. Sultan telah mengadakan debat secara terbuka antara Syaykh Nur al-Din ak-Raniri
dengan pengikut Hamzah Fansuri dan Shamsuddin Sumatrani untuk mengetahui siapa
yang lebih benar. Oleh kerana pemimpin-pemimpin  Wujudiyah tidak begitu handal
sedangkan Syaykh Nur al-Din merupakan seorang ulama yang sangat tegas dan berani,
menyebabkan beliau menang dan diterima oleh masyarakat Aceh. Tambahan pula beliau
memang menguasai pelbagai cabang ilmu seperti ilmu  mantiq, balaghah, fiqh dan ilmu
lainnya.
6
Kesan daripada kekalahan yang dialami oleh pihak penganut fahaman  Wujudiyah ini
mengakibatkan ramai daripada kalangan mereka dihukum bunuh. Hal ini merupakan satu
tabiat dan kebiasaan orang Aceh dalam membasmi dan memusnahkan satu kemungkaran.
Mereka akan berusaha bermati-matian untuk menghancurkan kemungkaran tersebut,
sehingga kitab-kitab yang dikarang oleh Hamzah Fansuri yang dianggap salah oleh
masyarakat Aceh habis dibakar di Masjid Baitul Rahman Banda Aceh.
7
 Peristiwa ini dapat
dilihat dalam kitab karangan Syaykh Nur al-Din al-Raniri sendiri iaitu kitab Fath al-Mubin.
8




Tiada ulasan:

Catat Ulasan