Welcome

Isnin, 31 Disember 2012

Between religion and heritage - MAIN PUTERI KELANTAN :D






MENCARI PASANGAN :D


Terimalah jodoh yang telah Allah takdirkan kepada anda dengan seadanya kerana belum tentu jika kita cari yang baik akan memberi kebahagian dan belum tentu kita cari yang jahat bermakna kita berdosakan.Allah telah tetapkan jodoh setiap hambanya dimuka bumi ini..Janganlah terlalu memilih kerana sikap itu akan memburukkan lagi keadaan kita.
                                                       




"JIKA ADA LELAKI ALIM DAN BAGUS AKHLAKNYA MAKA SUNAT PIHAK PEREMPUAN MELAMAR LELAKI TERSEBUT.TAK PAYAH DIIKUT ISTILAH LAPUK PERIGI MENCARI TIMBA".Itulah apa yang telah dikatakan oleh ustaz azhar idrus seorang yang tidak asing lagi dalam dunia dakwah ini.Maka janganlah terlalu berpegang kepada adat tetapi lupa kepada ajaran agama.Ajaran agama menganjurkan kaum wanita melamar kaum lelaki dengan syarat lelaki itu alim dan baik..Jadikan ini sebagai pedoman kita..

PLKN mengantui hidupku :)

Assalamualaikum kepada semua pembaca dan para blogger yang sentiasa sudi mengikuti perkembangan blog saya yang tak seberapa nie..

Dalam beberapa hari lagi maybe blog ini takkan ada lagi update2nye sebab admin akan ke PLKN..
                        ADUH....PLKN OOO PLKN.KENAPA AKU YANG DIPANGGIL



harap2 anda semua pembaca mendoakan keselamatan saya ketika disana nanti.Doa anda amat2lah admin perlukan.






Selasa, 25 Disember 2012

Jom Bantu Rakyat Palestin ;)

Assalamualaikum w.b.t.

segala puji bagi Allah tuhan yang memiliki kerajaan yang dilangit dan yang dibumi dan setinggi-tinggi selawat serta salam keatas nabi junjungan kita Muhammad s.a.w.

Banyak media2 massa dan elektronik telah menyiarkan kekejaman rejim zionis(israel) keatas saudara-saudara seislam kita di palestin.

Saya sebagai umat islam rasa terpanggil untuk membantu saudara-saudara kita disana..

disini saya lampirkan beberapa pertubuhan yang bersedia menerima apa jua bentuk sumbangan yang ingin anda sampaikan kepada rakyat palestin..Moga-moga apa yang anda berikan dapat meringankan penderitaan mereka in sha allah :D



INI ADALAH SUMBANGAN YANG BOLEH DISALURKAN KEPADA AQSA SYARIF.






INI ADALAH SUMBANAGN YANG BOLEH DISALURKAN KEPADA AMAN PALESTIN


Moga-moga allah merahmati apa yang kita sumbangkan dan mendapat balasan baik diakhirat..




Ahad, 23 Disember 2012

kawin muda - kelebihan dan keburukan


Umum sudah tahu, kahwin adalah satu fitrah kejadian semulajadi manusia. Kahwin juga satu sunnah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Maka bila mana kita berkahwin, alhamdulillah, kita sudahpun mengikut salah satu daripada sunnah Nabi. Persoalan bagaimana kita melaksanakan sunnah itu juga perlu diberi perhatian dan penelitian yang mendalam. Topik kali ni rasanya cukup relevan dengan suasana kita sekarang. Suasana musim cuti yang akan datang beberapa hari lagi.
Senario “asal cuti sekolah atau cuti umum saja, berderet-deret kad jemputan yang bertempek di meja kita” seakan sudah lali bila tiba musimnya. Tak keterlaluan saya katakan, asal cuti saja, ada majlis kahwin, asal kahwin saja, mesti tengah cuti (dah masa cuti saja yang ada masa, ‘time’ ni la nak kahwin pun kan?).
Kahwin muda iaitu berkahwin pada usia yang muda. Berapa lingkungan umur yang kita boleh katakan sebagai muda? Iyalah, takkan 50 tahun pun kita masih katakan muda melainkan berkahwin isteri muda. Itupun isteri dia yang muda, dia tetap jua sudah berumur. Namun, ada yang berkata, “ape ade pada umur?”. Muda itu subjektif. Kalau dah diri rasa muda walaupun kulit dah berkedut sejuta, muda tetap muda sebab ianya lahir dari dalam diri yang sentiasa terasa muda. Betul ke?
Apa kebaikan atau keburukan kahwin bini muda?
Apa kebaikannya berkahwin muda? Jadi, saya ada beberapa kebaikan kahwin muda yang saya boleh senaraikan,  antaranya ialah:
  1. Meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti (sape tak nak jadi kebanggaan Nabi SAW kan?).
  2. Elak mendekati zina (ni memang tepat lagi jitu, yang halal dah ade, nape masih nak cari yang haram?)
  3. Mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial (yela, sape nak marah kalau kite ‘berkepit-mepit’ ngn isteri sendiri, suke hati kami la..lalalalala)
  4. Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima (iyela, dah ada yang tersayang di sisi, sejuk jer..)
  5. Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu’ (tak perlu lagi risau awek akan dikebas orang)                        

  6.                           



Antara keburukan kahwin muda pula;
  1. Rumah tangga cepat bergoncang kerana kurang ilmu, kemahiran dan persediaan (lagi teruk kalau kes kahwin ‘terpakse’..adeh..).
  2. Rasa diri masih bujang (ini bahaye, sifat genetik gatalnya perlu dibendung perlahan-lahan..).
  3. ..
Itu saja antara senarai yang sempat saya titipkan. Mungkin anda punya pandangan dan pendapat, sebab anda mungkin:
  • sedang merancang nak kahwin lari
  • anda juga kahwin muda
  • anda seorang ayah@ibu, yang punya anak nak kahwin muda
  • anda merancang nak ‘tambah’ cawangan yang muda(kalau ade..)
  • anda dah punya si abang @ si buah hati, tapi…
Tip2 untuk memilih wanita pilihan hati dari aspek islam


dan disini saya titipkan doa mencari jodoh untuk kaum hawa moga2 ini menjadi titik tolak kepada kita remaja2 melayu islam supaya menjauhi couple ini dan mendekatkan diri kepada ALLAH




Wanita dari sudut pandangan imam al-ghazali





Dicatat oleh Imam Al-Ghazali
Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”










1) Wanita Ananah :
Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.


2) Wanita Mananah :
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu.”

3) Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4) Wanita Hadaqah :
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5) Wanita Baraqah :
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

6) Wanita Syadaqah :
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.
 

Sabtu, 22 Disember 2012

Subhanallah :D

“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”

“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”






Kawan atau lawan

Assalamualaikum n hye kepada semua blogger :D


kawan itu ibarat lilin bagi kita kerana jika kita dalam kesusahan merekalah yang sentiasa ada disisi kita selain ibu dan bapa kita.

Kalau boleh hargailah kawan2 kita kerana tanpa mereka tidak sempurna kehidupan kita


Lawan pula boleh dipandang dari pelbagai aspek dan setiap lawan ada cara tersendiri untuk menjatuhkan kita.Harap kita tak dapat kawan yang begitu :D

https://www.facebook.com/WaliSemerahPadi?ref=ts&fref=ts


kalau sudi like la page saya di fb nie..hehe 

syeikh Nuruddin Al-raniri-dari sudut pandangan raden kaza

 BIODATA SYEIKH NURUDDIN AL-RANIRI



Syeikh Nuruddin al-Raniri atau nama penuhnya al-Syaykh Nuruddin 
Muhammad Jailani bin Ali bin Hasanji bin Muhammad Hamid alRaniri merupakan seorang tokoh ulama’ nusantara pada abad ke 
17. Dilahirkan di Ranir iaitu sebuah kota pelabuhan berhampiran 
dengan Gujarat, India. Berketuru nan Arab Hadramaut dari sebelah 
bapanya, manakala ibunya merupakan orang Melayu Aceh. Lama 
menetap di Aceh, Pahang dan Gujarat. Beliau banyak menghasilkan 
penulisan-penulisan yang bernilai tinggi samaada berbahasa 
Melayu Jawi dan karya berbahasa Arab dalam pelbagai bidang.  
Karya-karya beliau menyentuh bidang hadith, sejarah, 
perbandingan agama, fiqh, akidah, tasawwuf dan bidang-bidang 
lain yang kesemuanya melebihi 30 buah buku. Beliau  seorang 
ulama’ yang sangat berpengaruh dan mempunyai ilmu yang tinggi 
terutama menerusi usahanya membenteras fahaman wujudiyyah 
yang berkembang di nusantara pada ketika itu. Kajian kepustakaan 
ini bertujuan untuk melihat ketokohan dan sumbangan beliau di 
dalam bidang hadith di Alam Melayu khususnya dan dunia 
umumnya. 


Pendahuluan
Syeikh Nur al-Din al-Raniri adalah seorang ulama yang terkenal dan masyhur. Beliau tidak
hanya terkenal di kalangan dunia Melayu sahaja, bahkan beliau juga terkenal di kalangan
pengarang-pengarang Barat. Beliau terkenal sebagai  seorang pujangga dan seorang
ulama’, tetapi pengaruhnya lebih berkesan kepada Masyarakat Melayu dalam bidang
agama. Pengaruhnya yang besar ini dapat diperhatikan apabila kitabnya Sirat al-Mustaqim
masih lagi digunakan di sesetengah sekolah agama di Malaysia pada kurun ke-20 ini.
1
Kitab Sirat al-Mustaqim ini adalah sebuah kitab fiqh yang membicarakan tentang taharah,
sembahyang, puasa, zakat, haji dan hukum-hukum fiqh yang lain. Kitab ini dikarang atas
permintaan Sultan Iskandar Thani, iaitu sultan yang kedua yang memerintah Acheh (1637-
1641 M) selepas Sultan Iskandar Muda. Syaykh Nur al-Din al-Raniri juga masyhur dalam bidang sastera. Pada tahun 1638, beliau telah mengarang sebuah buku yang bertajuk Bustan al-Salatin  yang bermaksud: “Taman raja-raja”. Buku ini menceritakan tentang sejarah raja-raja Aceh pada masa itu dan juga
sejarah raja-raja lain.



Riwayat Hidup
Nama penuh beliau ialah al-Syaykh Nur al-Din Muhammad2
 Jaylani3ibn cAli  ibn Hasanji ibn Muhammad Hamid al-Raniri al-Qurashi al-Syafic
i. Beliau dilahirkan di Ranir, iaitu sebuah kota pelabuhan yang berhampiran dengan Gujerat, India. Beliau berketurunan Arab Hadramaut daripada sebelah bapanya yang telah lama tinggal di Gujerat. Manakala
ibunya pula adalah orang Melayu Acheh. Acheh pada suatu ketika dahulu merupakan
sebuah negara yang mendeka di bawah kepimpinan yang adil, namun sekarang Acheh
telah menjadi sebahagian daripada Indonesia.

Tarikh kelahiran beliau tidak diketahui dengan jelas, kerana semua manuskrip yang ditulis
oleh beliau tidak pernah menyentuh tentang tarikh kelahirannya. Begitu juga buku-buku
dan kajian yang menulis tentang beliau tidak pernah menyebut tarikh kelahirannya. Apa
yang dapat diketahui dengan jelas adalah tarikh ketibaannya ke Acheh. Beliau telah tiba di
Acheh pada 6 Muharram 1047 Hijrah, bersamaan dengan 31 Mei 1637 Masihi, iaitu
setahun selepas Sultan Iskandar Thani mula memerintah.

Sebelum beliau belayar ke Aceh, beliau terlebih dahulu pergi ke Pahang. Beliau pergi ke
Pahang setelah beliau menamatkan pengajiannya di Makkah. Pahang pada waktu itu
berada di bawah taklukan Aceh, yang merupakan sebuah kerajaan yang dikenali dengan
Aceh Darussalam. Aceh pada waktu itu merupakan sebuah pusat perdagangan,
kebudayaan, politik serta pusat pengajian Islam yang terkenal. Aceh juga telah melahirkan
ilmuan-ilmuan yang masyhur dan terkemuka seperti Syaykh Hamzah al-Fansuri, Syaykh
Shamsuddin al-Sumatrani dan Syaykh Abdur Rauf al-Fansuri al-Singkili. Ulama ini telah
masyhur sebelum kedatangan Syaykh Nur al-Din al-Raniri ke Aceh.
Sebelum Syaykh Nur al-Din al-Raniri sampai ke Aceh, di sana sudah ada satu fahaman yang
dikenali dengan aliran Tasawwuf Wujudiyah5 yang telah dipelopori oleh Syaykh Hamzah
Fansuri dan Syaykh Shamsuddin al-Sumatrani. Aliran ini sangat berpengaruh di Aceh pada

ketika itu. Aliran ini telah ditentang oleh sebahagian ahli tasawwuf di Timur Tengah
kerana aliran ini dianggap telah menyeleweng daripada ajaran-ajaran Islam yang sebenar.
Maka kedatangan Syaykh Nur al-Din al-Raniri ke Aceh seakan-akan membawa satu
pendapat baru yang asing dalam masyarakat Aceh. Lazimnya sesuatu yang baru tidak
mudah diterima oleh masyarakat setempat. Namun begitu, memandangkan bahawa beliau
bermadhhab Syafi’i dan mengamalkan aliran tasawwuf  Qadariyah yang diajarkan oleh
Syaykh Abd al-Qadir Jaylani, beliau mesti menentang dan menolak ajaran yang telah
diajarkan oleh Syaykh Hamzah al-Fansuri dan Syaykh  Shamsuddin al-Sumatrani, kerana
ajaran tersebut adalah salah menurut pandangannya.

Syaykh Nur al-Din al-Raniri mendapat peluang yang baik untuk membasmi fahaman
Wujudiyah ini apabia beliau mendapat tempat yang sangat baik di sisi Sultan Iskandar
Thani. Sultan telah mengadakan debat secara terbuka antara Syaykh Nur al-Din ak-Raniri
dengan pengikut Hamzah Fansuri dan Shamsuddin Sumatrani untuk mengetahui siapa
yang lebih benar. Oleh kerana pemimpin-pemimpin  Wujudiyah tidak begitu handal
sedangkan Syaykh Nur al-Din merupakan seorang ulama yang sangat tegas dan berani,
menyebabkan beliau menang dan diterima oleh masyarakat Aceh. Tambahan pula beliau
memang menguasai pelbagai cabang ilmu seperti ilmu  mantiq, balaghah, fiqh dan ilmu
lainnya.
6
Kesan daripada kekalahan yang dialami oleh pihak penganut fahaman  Wujudiyah ini
mengakibatkan ramai daripada kalangan mereka dihukum bunuh. Hal ini merupakan satu
tabiat dan kebiasaan orang Aceh dalam membasmi dan memusnahkan satu kemungkaran.
Mereka akan berusaha bermati-matian untuk menghancurkan kemungkaran tersebut,
sehingga kitab-kitab yang dikarang oleh Hamzah Fansuri yang dianggap salah oleh
masyarakat Aceh habis dibakar di Masjid Baitul Rahman Banda Aceh.
7
 Peristiwa ini dapat
dilihat dalam kitab karangan Syaykh Nur al-Din al-Raniri sendiri iaitu kitab Fath al-Mubin.
8




Sabtu, 15 Disember 2012

cuma pesanan dari hati ke hati

asalamualaikum dan salam kasih mesra dari admin kepada semua rakan2 para2 blogger sekalian.ucapan selawat serta salam kita hadiahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat serta keluarga baginda..

Dalam setiap hari kita sedia mendengar dari media massa mahupun media elektronik tentang masalah sosial masalah yang sedang berlaku dalam kalangan remaja melayu sekarang.Saya Juga seorang remaja melayu.Kita tidak boleh lari dari melakukan kesalahan kerana setiap manusia yang dicipta allah bukan maksum seperti Nabi Muhammad s.a.w.Janganlah kita mencaci atau memaki mereka-mereka yang telah melakukan kesilapan bahkan nasihatilah mereka moga-moga mereka kembali ke pangkal jalan..

Sabtu, 1 Disember 2012

dari Kotak mindaku 1 disember 2012

OK!! hari nie hari last dduk ch nie..so puas hati giler la sebab dapat bercuti bersama keluarga macam ni..dengar citer taon depan nak ke medan indonesia pulak..haha...

So...Masalahnye sekarang esok kena bangun pagi2 balek sebab aku nak kena kejar tiket bas takot habis..kalau habis mampus aku nak balik macam mana..dah la nk exam pulak nie..haha..so doakan keselamatn perjalanan aku esok ye..

Yang penting doakan kejayaan aku semasa menjawab soalan2 exam yg terakhir aku..untuk itu aku sediakan sekeping gambar aku untuk anda semua


Jumaat, 30 November 2012

Dalam Sepi Ku Menulis :D

Start dari pukul 9 mlm aku online fb sampai la sekarang nie..Giler kan...memang aq nie giler2 pun..tapi online je lama..chat box?? sorang pon xde..btw ada jugak la peneman pagi2 buto dengan someone yg aq baru kenal..agak peramah dan mesra..haha.

Alhamdulillah,sekurang-kurangnya bertambah la kawan2 aku kan. BERKAWAN BIAR BERIBU BERKASIH BIAR LA SATU KAN...Hehe..

Ok lah...nak sambung merapu dengan budak tu kejap..hehe...

asalamualaikum...

Khamis, 29 November 2012

Dari Kotak Fikiranku :D 30 nov 2012

OK!!

Sebenarnya seronok jugak la first day kat cameron nie..hehe..


   # NAMPAK GAMBAR ATAS NIE..SUASANA DI KEBUN TEH DI CAMERON HIGHLAND#

Indah sungguh pemandangan dekat sini tau!! lepas tu terus ke cactus farm..kat situ makan ice cream dengan strawberry plak..perghh!!! hingga menjilat telinga gua cakap lu hehe..





INI LAH JUADAH KAMI DI CAMERON...HEHE..JANGAN JELEZ YE PARA BLOGGER SEKALIAN!!!


OKlah..nanti admin update lagi gambar2 baru di sini ye..hehe..bubye2...







dari kotak fikiranku :-)

alhamdulillah selamat sampai ke cameron highland dengan selamatnya dengan izin allah..moga2 holiday kali ini diberi segala kelancaran..amin...

Dari Kotak fikiran ku :D

Subhanallah..sedar tak sedar aku sudah hampir ke penghujung pembelajaran ku di alam persekolahan..Masih ada 2 paper yang perlu aku jawab..harap2 para blogger mendoakan ya!!
Insyaallah kalau diizinkan Allah aku akan diterbangkan ke indonesia bagi mengadakan seminar bersama2 anak2 murid dari silat mande muda dibawah pimpinan bapak bambang suwanda..Excited?? korang tnye lagi..memang excited la..giler apa tetibe dapat tawaran macam tu..Alhamdulillah aku tak akan persiakan tawaran ini..tetapi apa2 pun itu semua kita hanya merancang tapi Allah jua yang menentukan segalanya jadi aku hanya mampu berdoa,,Kadang2 ada yang baik tapi perlu kita jauhkan kerana kebaikan itu akan membawa kepada kejahatan..xpaham??nak aku perjelaskan..Insyaallah dalam post yang akan datang aku akan terangkan..setakat ini dulu yang ada dalam kotak fikiran aku..moga2 para2 blogger sekalian terus berblogging ye..asalamualaikum

Selasa, 27 November 2012

Subhanallah..Jadikan Ini sebagai pedoman hidup kita.



subhanallah..jadikan ini sebagai pedoman hidup kita..Allah sentiasa ada disamping kita untuk membantu hamba-hambanya yang dalam kesusahan..dan allah akan sentiasa menerima taubat hambanya..tajuk ceramah ini berkaitan dengan teknik dakwah yg berkesan..dengar dan hayati...

Selasa, 13 November 2012

Khamis, 18 Oktober 2012

Perjalanan musafir hina di bumi allah

assalamualaikum w.b.t

bersyukur kehadrat allah s.b.taala kerana dengan limpah kurnianya dapat bersama-sama kita hidup dalam keadaan selesa dan sehat sejahtera..Moga-moga kehidupan kita dirahmati allah senantiasa..Saya sekarang tengah menyelidik tentang silat2 yang ada di malaysia.Beberapa post yang lalu saya ada senaraikan nama-nama silat di malaysia..Insyaallah saya akan cari lagi.

kalau ada apa-apa maklumat sila salurkan ke e-mail saya alamghaib_95@yahoo.com..terima kasih

Rabu, 5 September 2012

diary hidupku 2012

asalamualaikum w.b.t.

apa khabar kpada semua pelawat laman ini..sudah lama tidak update blog nie..sebab sibuk dgan trial spm..alhamdulillah..baru tamat trial spm semalam 5/9/2012..suatu soalan yang agak mencabar...haha..
jadi anda bagaimana??admin pun tak tahu la ada ke x yg follow blog nie sbb blog nie x active sngat pun..kalau ada alhamdulillah...setakat ini saja dulu..nnti admin postkan something yg baru lagi ye..bye22...

Selasa, 29 Mei 2012

TERAPI RUQYAH DARUL IMAN

                                     TERAPI RUQYAH DARUL IMAN


MENGGABUNGKAN UNSUR LUAR ATAU ALAM SEKELILING UNTUK MENYEIMBANGI PERNAFASAN.MENDALAMI ALAM ROHANI DAN MEMBERI KESAN KEPADA ALAM JASMANI.MENGASINGKAN BENDA YANG PERLU DAN TIDAK PERLU DARI MINDA YANG ADA.

diary hidupku 29/05/2012

assalamualaikum wbt...

kejadian sedih telah menimpa diri ini dengan kehilangan orang tersayang iaitu ibu zu,ibu angkat saya.pemergian yang mengejutkan saya.saya faham perasaan pak zaidi tu.gelanggang tak happy seperti dulu lagi.insyaallah saya akan melawat pak zaidi esok kerana esok saya akan bertolak balik ke rawang.doakan perjalanan saya baik dari segala mala petaka..