Welcome

Khamis, 12 Disember 2013

Allah dan HambaNYA

Assalamualaikum w.b.t

Bersyukur kita kehadrat allah s.w.t  kerana dengan limpah dan kurnianya dapat admin menulis blog lagi pada malam ini dengan rasa ketenangan disisiNYA..


Apabila allah tidak mengkehendaki kita lagi

: Allah akan sentiasa sibukkan kita dengan urusan dunia.
:Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
:Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan
:Allah akan sibukkan kita dengan harta

Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggallkan.Sekiranya kita mampu bertanya kepada orang orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui allah s.w.t dan jika mereka diberi peluang utnuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak akan bertarung bermatian untuk merebut dunia.

Kerana tujuan kita diciptakan adalah unutk menyembah Allah.Tidak akan diciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia.Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah s.w.t.Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih dari kita dari segi gaji pangkat dan sebagainya..

Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih dari kita

kita tidak pernah cemburu apabila orang lain disepertiga malam solat tahajjud dan bermunajat

kita cemburu apabila orang lain menukar kereta baru yang mewah

tetapi jarang kita cemburu apabila kita melihat orang lain yang boleh khatam al quran sebulan 2 kali.

Kesemua petanda petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman.Apabila harta,duit,pangkat mengatasi segalanya.Setiap kali menyambut hari lahir kita sibuk nak meraikan sebaik mungkin tetapi kita lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil ilahi bertambah dekat.Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan yang akan kita bawa ke akhirat.

Syurga dan neraka itu benar... XD